Saturday 27 February 2016

SEBUAH CERPEN: ISTERI SEMENTARA

Pertemuan seorang wanita bersama seorang lelaki. Bermula pengenalan dan hubungan berjalin mesra. Bermula dari sebagai seorang rakan seteman. Pertemuan di alam universiti yang tak dijangkakan. Bertemu dan membuahkan perasaan cinta kasih dan sayang. Selesai satu semester dan kerinduan membuak buak buat wanita tersebut. Maka bermulalah semseter kedua. Wanita tersebut rasa bahagia dan berkobar kobar ingin bertemu jejaka tersebut.

Tetapi kedaan mengejutkan buat wanita itu tika mana masuk semester kedua. Terbongkar satu rahsia bahawa lelaki itu sudah punya kekasih hati. Kekasih hatinya telah mendapat tawaran belajar di tempat yang sama. Dan wanita ini sedar dirinya hanyalah suatu khayalan. Keadaan semakin rumit. Jejaka tersebut sentiasa sibuk dengan kekasihnya. Dan pada suatu tahap wanita ini dijadikan teman oleh jejaka tersebut yang hanya tempat meluahkan rasa tidak selesa terhadap kekasihnya. Wanita tersebut hanya menjadi pendengar dan mendiamkan diri dan hanya mengukir senyuman setiap kali kekasih jejaka tersebut mengawal setiap keadaan dan biarpun banyak kesakitan yang terpaksa ditempuh.

Tika menjadi pendengar setia terlahir semula bibit cinta antara jejaka ini dan wanita tersebut. Di dalam sebuah kedai runcit dalam universiti, jejaka tersebut menyatakan "will u marry me", wanita tersebut hanya mendiamkan diri dan tersenyum.

Akhirnya, berkahwin lah antara jejaka ini bersama wanita tersebut secara sembunyi. Dan akhirnya kekasih tersebut membawa diri. Berbahgialah kehidupan antara wanita itu bersama jejaka itu. Tanpa ada sebarang gangguan. Mereka hidup susah senang bersama sama dan penuh dengan matlamat hidup dan harapan untuk berusaha menjadi jutawan berdua. Setiap kesusahan dihadapi bersama biarpun waktu itu di duga kesusahan wang ringgit.Isteri tetap setiap bersama suaminya mencuba setiap perniagaan dan walau berkorban segalanya. Namun tetap tidak berjaya. Mungkin ini dugaan hidup untuk fahami kesusahan kehidupan mencari wang.

Akhirnya, mereka berusaha untuk mencari pekerjaan semula dan ada ungkapan yang manis dan yakin dengan doa yang sama dihajati mereka berdua. Bersama sama yakin kehidupan mereka akan jadi kuat bila berdua. Akhirnya doa dimakbulkan dahulu buat sang suami. Sang suami mendapat perkerjaan dan kehidupan makin senang dan mampu beli kereta. Sang suami selalu minta si isteri mencari pekerjaan berdekatan dengan suami. Moga dapat bersama. Si isteri berusaha seorang diri minta pekerjaan di kawasan yang berdekatan suami. Pergi ke cyber cafe dan mencari alamat pejabat pejabat di kawasan berdekatan suami. Hantar resume seperti yang di arahkan suami. Suami memberi cadangan agar menghantar ke pejabat KWSP dan etc. Si isteri tersenyum bahagia kerana masih sehaluan ingin bersama.

Namun keadaan agak berubah setelah sebulan keadaan berlalu suami seorang menempuh kerjaya. Si isteri yang tak pernah lokek berdoa kan kesejahteraan sang suami dan sentiasa ingatkan suaminya tak pernah di hargai. Sang isteri yang sentiasa belajar memahami hati suaminya dan bertolak ansur tapi tak pernah dihargai.

Suami pernah menyatakan bahawa dia berkawan semula dengan bekas kekasihnya. Dia dipertemukan semula. Si isteri cuba memahami dan cuba menjadi yang terbaik dan percaya akan kata kata suaminya bahawa hanya ingin "berkawan sahaja". Sang suami menyatakan bahawa dia sayangkan isterinya dan dia berkata dia tiada perasaan apa apa pada bekas kekasihnya dan hanya anggap sebagai rakan sahaja. Sang isteri percaya dengan setiap kata kata sang suami dan berpegang teguh dengan kepercayaan.

Namun, kedaan benar benar berubah. Sang isteri tetap dikecewakan sekali lagi. Kehidupan sisir gelap berulang lagi. Sang suami mula sibuk dan setiap malam pukul 11 akan bermula dia mempersoal isterinya tak ngantok lagi ka. Sang isteri tak terasa lagi kedaan berubah tapi agak pelik tapi hanya diamkan sahaja. Sang suami membuat reaksi banyak ketidakselesaan bersama sang isteri dan banyak perbuatan mengusir isteri, tapi sang isteri tetap bersangka baik bahawa sang suami letih kerana bekerja. Biarpun waktu itu banyak yang ingin dibicarakan bersama sang suami dan banyak yang ingin ditanyakan.

Keadaan kadang kadang agak suram dan isteri tetap cuba jadi yang terbaik dan biarr kesusahan yang ada tiada halangan untuk bersama. Banyak yang dipendam di dalam hati isterinya. Kesakitan di hati tak dihiraukan kerana memikirkan suaminya yang penat bekerja dan hal perasaan isteri adalah remeh.

Semakin lama semakin kedaan berubah menjadi lagi teruk. Dan akhirnya sang isteri mendapat berita gembira dapat bekerja berdekatan dengan suaminya. Namun, tak semua keadaan tetap akan bahagia. Isteri mendapat berita yang lain juga. Suaminya benar telah berubah. Suaminya mengaku menyukai bekas kekasihnya dan mereka dah rapat. mengalir air mata seorang isteri yang setia dan sabar dengan semua keadaan.

Sang isteri kecewa dengan keadaan tertekan yang tiada pekerjaan dan menjadi bualan manusia lain dan keluarga tapi apabila mendapat pekerjaan di uji dengan perkara lain. Kehidupan tiada senyuman buat isteri. Sang isteri berkata pada suami yang dia tiada rasa ingin pergi di sana lagi. Tapi sang suami menyatakan yang bekas kekasihnya bakal bertunang. Dan dia masih menyayangi aku. Dan dia masih macam dulu dan dia tak berubah. Isteri yang sudah kecewa tetap cuba percaya apa yang dikatakan biarpun keadaan terluka.

Hampa! tiba sang isteri untuk hidup bersama semula dengan suaminya tetapi ada lagi dugaan yang perlu di hadapi. Sang suami menyatakan bahawa dia dah tak boleh dengan isterinya sendiri. Biar bersentuhan kulit. Isteri yang penuh sarat dengan rindu yang tak pernah menduakan suaminya penuh dengan kelukaan. Menangis sendirian bagaikan dunia hancur. Nampak bahagia diluaran tetapi gelodak ada dalam rumah tangga ini.

Sang suami menetapkan isterinya tidur di bilik berasingan. Kini terbongkar sang suami selalu cakap telefon dengan bekas kekasihnya. Tiada lagi masa antara isteri dan suami tersebut. Sang suami hanya menghabiskan masa bersama bekas kekasihnya. Dan dikatakan bekas kekasihnya tidak jadi bertunang. Dan mereka ingin kembali bersama. Dan mereka sudah kembali bersama sama dan berkahwin.

Bezanya sang isteri yang tua hidup sekali tetapi di asingkan bagai orang asing. Isteri muda hidup berjauhan tetapi tiba masa ada kala dia akan datang dan mereka bersama dan banyak yang di tunjukkan.

Isteri yang tua sentiasa makan hati. Dia yang dahulunya dibelai manja tetapi dibiarkan keseorangan. Kerana menjaga nama baik keluarga dan maruah, isteri tua harus berkorban lagi dan tak mampu untuk jauhkan diri dan kerana masih ada sayang...

Banyak kata kata yang di utarakan sang suami yang melukakan isterinya. Dan banyak bicaranya di masa lalu tidak sama seperti perbuatan yang dilakukan sekarang. Dan sang suami sentiasa hanya ingin mencari kesalahan sang isteri..

"setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan"


No comments:

Post a Comment