Bahan-bahan
- 1 cawan gula
- ½ mentega
- 2 biji telur
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1 + ½ cawan tepung gandum
- 1 + ¾ serbuk penaik
- ½ cawan susu Uht
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu 350 darjah celcius
- Letakkan gula, mentega dan kacau. Kemudian, pukul 2 biji telur dan esen vanilla kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan susu uht dan kacau sehingga sebati.
- Bakar antara 20-25 minit.
Untuk membuat krim, sekiranya anda mahu menghias cupcakes tersebut atau taburkan sahaja coklat urai.
- ½ mentega tanpa garam
- 6 cawan gula halus
- ½ cawan susu
- 2 sudu esen vanilla
Caranya:
- Letakkan mentega, susu dan esen vanilla di dalam mangkuk adunan.
- Putarkan pada kadar sederhana, sehingga lembut dan berlemak selama 3-5 minit.
- Masukkan gula tersebut sedikit demi sedikit sehingga ‘icing’ menjadi ringan.
- Setelah siap, masukkan dalam ‘piping bag’ dan hiaskan di atas cupcakes.