Thursday 9 October 2014

Resepi Cupcakes Mudah dan Cepat


Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • ½  mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 + ½ cawan tepung gandum
  • 1 + ¾ serbuk penaik
  •  ½ cawan susu Uht
Cara-caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah celcius
  2. Letakkan gula, mentega dan kacau. Kemudian, pukul 2 biji telur dan esen vanilla kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan susu uht dan kacau sehingga sebati.
  3. Bakar antara 20-25 minit.
Untuk membuat krim, sekiranya anda mahu menghias cupcakes tersebut atau taburkan sahaja coklat urai.
  • ½ mentega tanpa garam
  • 6 cawan gula halus
  • ½ cawan susu
  • 2 sudu esen vanilla
Caranya:
  1. Letakkan mentega, susu dan esen vanilla di dalam mangkuk adunan.
  2. Putarkan pada kadar sederhana, sehingga lembut dan berlemak selama 3-5 minit.
  3. Masukkan gula tersebut sedikit demi sedikit sehingga ‘icing’ menjadi ringan.
  4. Setelah siap, masukkan dalam ‘piping bag’ dan hiaskan di atas cupcakes.


1 comment:

  1. terimakasih infonya,,
    sangat menarik dan bermanfaat,,

    ReplyDelete