Saturday 29 March 2014

Ephyra Review (Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda)


EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan & kesihatan yg bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yg dihidrolisis secara semulajadi, yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan efektif. 

Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?

umur 20 ke atas
kulit kering dan kedut
kulit kusam dan kendur
pigmentasi dan kulit bermasalah
proses pemulihan lambat
mudah rasa penat
daya ingatan merosot
sakit2 badan dan sendi
metabolisma rendah

10 Hasil Yang Nyata

menjadikan kulit anjal, halus dan cerah berseri
membantu memulihkan wajah yg bermasalah
mengurangkan kedutan dan garis2 halus
menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
melancarkan sistem pencernaan dlm badan
mengurangkan kadar kolestrol
meningkatkan tenaga dan daya ingatan
meningkatkan sistem imunisasi
mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisma
melegakan kesakitan sendi

Kandungan:

kolagen ikan laut dalam
acai beri
gam akasia
L-GLUTATHIONE
astaxanthin
serbuk tomato
aceolla ceri
marigold bunga ekstrak
superberi

Cadangan Pengambilan:

1 paket sehari pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur. Untuk kesan lebih cepat ambil 2x sehari.

Cara untuk mendapatkannya dengan harga MURAH:

SMS: 0195934895



Thursday 20 March 2014

Mengapa Metabolisma Penting Untuk Kuruskan Badan?

Hari ini seperti biasa nak 'share knowledge' bersama anda berkenaan metabolisma. Supaya lepas ini anda tidak lagi tersalah faham mengenai metabolisma.



1) Sejauh manakah kecekapan badan anda menukar makronutrien kepada tenaga (kalori). Itu adalah metabolisma, proses pembakaran kalori. lelaki mempunyai metabolisma lebih tinggi dari wanita. So lelaki mempunyai keupayan membakar kalori lebih tinggi dari wanita.


2) Proses metabolisma berlaku setiap saat. Walaupun anda sedang tidur. Ini bermakna proses pembakaran kalori berlaku setiap detik.


3) Sel otot membakar lebih kalori dari sel lemak. 2.2kg otot dapat membakar kalori sebanyak 3kali ganda lebih tinggi dari 2.2kg lemak. Point disini menunjukkan workout dapat membantu anda membakar lebih kalori.


4) Proses metabolisma memerlukan air yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan metabolisma menurun. Kajian menunjukkan seseorang minum 8 gelas air kosong sehari dapat membakar lebih kalori berbanding orang yang minum 4 gelas sehari.


5) Vitamin B Komplek dapat membantu sel meningkatkan metabolisma. Dalamkebanyakkan minuman bertenaga, unsur dalam vitamin B dimasukkan sekali agar ia membantu anda meningkatkan metabolisma.


6) Kaffein juga dapat meningkatkan metabolisma. Kajian menunjukkan minum satu gelas coffee sebelum workout dapat meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan pembakaran kalori.


7) Makan 4-5 kali sehari dapat mengaktifkan kadar metabolism diri. 3 makanan utama (breakfast, lunch & dinner) dan masukkan 2 hidangan kecil antara makanan utama.


8) Protein lebih sukar dicernakan berbanding karbohidrat dan lemak. Jadi pengambilan protein yang tinggi dapat meningkatkan metabolisma badan.


9) Elakkan 'crash diet'...crash diet adalah diet yang diambil kurang dari 1000kcal sehari. Ia memang berjaya menurunkan berat badan namun penurunan itu berpunca dari jisim otot. Ia akan menurunkan kadar metabolisma diri anda. Seterusnya anda mudah mengalami peningkatan berat badan kembali jika terlebih mengambil kalori.


10) Cara terbaik meningkatkan metabolisma adalah membuat aktiviti yang membakar kalori. Bina otot dengan workout dan kekalkan kehidupan yang aktif. Lagi banyak pergerakkan anda, lagi tinggi pembakaran kalori diri anda.

Thursday 13 March 2014

Resepi Dorayaki Mudah (kuih doraemon)


Bahan- bahan untuk 10 biji dorayaki:

100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

inti: letakkan coklat cadbury bar ketika dorayaki masih panas dan telangkup

Cara-cara:

1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. 

4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.

5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.

6. Letakkan coklat cadbury ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk dimakan.




SELAMAT MENCUBA!




Places That Should be Visited at Cameron Highland Malaysia

KEA FARM




souvenir MYR10



orient

sweet potato


cactus in small pot MYR2




BHARAT TEA PLANTATION



UNCLE SAM FARM



BIG RED STRAWBERRY FARM








BOH TEA PROCESSES CENTRE SUNGAI PALAS








Adab Ketika Berzikir

1. Ucapan zikir hendaklah dengan suara perlahan berbisik. Itu dimaksudkan “Fi nafsika (pada dirimu)”, bererti jangan sampai didengar orang lain. Cara ini lebih hampir kepada ikhlas, dimakbulkan dan jauh daripada riyak.

2. Merendah diri, patuh dan taat serta mengakui kelemahan diri agar dapat merealisasikan perhambaan diri kepada ALLAH serta mengiktiraf kekuasaan dan keagungan-Nya.

3. Dilakukan dengan perasaan takut atas kekurangan diri, khuatir ibadah akan tertolak dan tidak diterima.

4. Hendaklah bertafakur dan tumpukan perhatian kepada zikir yang dibaca. Berkata Ibnu Kathir, “Firman-Nya, ‘Dengan tidak menyaringkan suara’; beginilah zikir sewajarnya dilakukan, bukan dengan cara memanggil, dengan suara kuat mahupun keras”. (Tafsir Ibnu Kathir, 3/544)

5. Dengan ucapan lisan dan tidak sekadar bacaan hati, sebagaimana difahami daripada firman-Nya: "Dengan tidak nyaring". Maknanya dengan bersuara tetapi tidaklah didengar orang lain.

Saturday 1 March 2014

Mengapa Senaman Kardio Penting Untuk Bakar Lemak??



Kenapa senaman kardio dapat membakar lemak dengan pantas dan
dapat menghilangkan perut buncit? Sebelum itu saya nak jelaskan apa itu senaman kardio.
Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan 'heart rate'
atau denyutan nadi. Sebagai contoh berlari, joging, berbasikal,
berenang, futsal dan sebagainya. Apabila kita melakukan senaman kardio, denyut jantung kita
akan meningkat. Aliran darah juga akan meningkat laju supaya oksigen dapat
dibekalkan ke seluruh badan. Disebabkan senaman kardio ini melibatkan 'skeletal muscle'
atau otot yg menyebabkan pergerakkan maka ia memerlukan banyak
tenaga dalam kadar masa yang cepat.Dalam badan kita, glukosa adalah tenaga yang mudah dan paling
cepat boleh dibekalkan kepada otot skeletal berkenaan.Maka glukosa akan digunakan yang diambil dari tapak simpanan glukosa. Jika anda selalu buat senaman kardio, tapak simpanan glukosa
sentiasa akan kurang. Ini adalah bagus sebenarnya. Kenapa ia bagus? Kalau anda nak tahu, dalam badan kita tapak simpanan glukosa tidak banyak dan tidak selalu bertambah. Apabila tapak simpanan glukosa anda telah penuh, ia perlu dikosongkan balik. Cara dia kosongkan balik adalah dengan tukarkan kepada tanaga
(sebab senaman kardio) ATAUPUN kepada LEMAK. Jika anda tak buat senaman kardio, glukosa anda akan
ditukar kepada LEMAK! Lemak ini tiada had simpanan. Dia boleh simpan sebanyak mungkin
dibawah kulit anda. Cuba picit perut anda. Tebal tak lemak yang korang ada?Kalau tebal bermakna anda kurang melakukan senaman kardio.