Saturday, 4 January 2014

Kebaikan Membaca Surah Al-Waqiah

Surah al-Waqiah iaitu surah yang ke-56 di dalam Al-Quran, tidak asing lagi pada umat Islam terutama kerana fadhilat dan faedahnya mudah mendapat rezeki serta kekayaan disamping lain-lain feadah bagi yang mengamalkan membacanya. Antaranya ialah:
  • Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas setiap kalu solat asar sebanyak 14 kali, insyaAllah akan mudah mendapat rezeki.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insyaAllah akan ringanlah sakitnya.
  • Jika dibaca dihadapan orang yang sedang nazak, insyaAllah akan memudahkan sakaratul mautnya.
  • Jika dibaca untuk ahli kubur, insyaAllah akan meringankan seksa kuburnya.
Semoga kita turut menikmati fadhilat dan faedahnya.

Friday, 3 January 2014

Memperbanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.









Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.







Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam.


Khasiat Pokok Betik

Kebaikan Buah Betik 2

Betik atau nama saintifiknya Carica papaya L adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.

Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Air rebusan daun betik dapt melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

Daging yang dipanggang serta dibalut dengan daun betik dapat melembutkan tekstur daging tersebut.

Untuk masalah kulit seperti jerawat dan kedutan, hancurkan buah betik kemudian tampal di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

Thursday, 26 December 2013

My Fitness Progress

20 Aug 2013 - 74.3kg
4 Sept 2013  - 72.7kg
18 Sept 2013 - 72.4kg
23 Sept 2013 - 71.4kg
3 Oct 2013  - 70.3kg
31 Oct 2013 - 69.7kg
12 Nov 2013 - 69.5kg
3 Dec 2013 -70.1kg 

my dream body weight is 55kg

Photo

Thursday, 21 November 2013

Petua Menghilangkan Batuk

  • rendamkan sedikit kerak nasi bersama air suam. apabila setelah kembang, minum ainya amalkan setiap pagi
  • rebus beberapa biji pisang masak.setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. suara anda akan pulih selepas mengamalkannya.
  • tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam.minum dua kali seminggu.
  • campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. kacau hingga sebati. minum 3x sehari.