Tuesday, 26 March 2013

Samsung Galaxy Fame

samsung introduce the latest smartphone dual sim standby that enables consumers to use two phone numbers to call, text and surf the internet.

Tuesday, 29 January 2013

Fitness Secret from The World's Best Trainers

1. Stop worrying about the exact percentage of fat you burn during exercise.

2. Get fit from the inside out.

3. Start your day with exercise.

4. Make time to meditate.

5. Do what you love.

6. Pump more iron.

7. Listen to your body, not your mind.

8. Begin with the end in mind.

9. Make an emotional connection.

10. Work more muscle in less time.

11. Aim high but stay realistic.

12. Use your t shirt to check your training.

13. Share your goal with others.

Sunday, 13 January 2013

Kelebihan Surah Al Mulk




Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: 
 “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga     diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”



  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: 
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 



  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
 “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 



  • Ulama berkata:
 ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
 .
.
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
.
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: 
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 



  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: 
“Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 



  • Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 



  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
 “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 



  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: 
“Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”



 .
 .
3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda:
 “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).



  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: 
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
 .
 .

Friday, 2 November 2012

My Fav Movie SKYFALL

plan nk tgk esk brsama ksyganku 3 nov 2102..moga  jalan penceritaannya dpat memuaskan hati

Tuesday, 30 October 2012

Khasiat Teh Hijau

  • Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  • Menjaga tekanan darah 
  • Merawat batuk
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  • Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  • Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  • Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  • Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  • Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  • Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 
  • Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.
  •  Menurunkan tahap gula dalam darah. Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah. Ini baik bagi pesakit diabetes.
  •  Mencegah kanser. Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser. 
  •  Membantu mengurangi kadar kolesterol jahat (LDL). Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan mengapa kebiasaan meminum teh hijau berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
  •  Mencegah osteoporosis. Penyelidik di Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.
  •  Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun terhadap bakteria dan virus.
  •  Mencegah keracunan makanan. Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.  
  •  Membantu mengawal tekan darah tinggi. Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi.