Thursday, 13 March 2014

Places That Should be Visited at Cameron Highland Malaysia

KEA FARM




souvenir MYR10



orient

sweet potato


cactus in small pot MYR2




BHARAT TEA PLANTATION



UNCLE SAM FARM



BIG RED STRAWBERRY FARM








BOH TEA PROCESSES CENTRE SUNGAI PALAS








Adab Ketika Berzikir

1. Ucapan zikir hendaklah dengan suara perlahan berbisik. Itu dimaksudkan “Fi nafsika (pada dirimu)”, bererti jangan sampai didengar orang lain. Cara ini lebih hampir kepada ikhlas, dimakbulkan dan jauh daripada riyak.

2. Merendah diri, patuh dan taat serta mengakui kelemahan diri agar dapat merealisasikan perhambaan diri kepada ALLAH serta mengiktiraf kekuasaan dan keagungan-Nya.

3. Dilakukan dengan perasaan takut atas kekurangan diri, khuatir ibadah akan tertolak dan tidak diterima.

4. Hendaklah bertafakur dan tumpukan perhatian kepada zikir yang dibaca. Berkata Ibnu Kathir, “Firman-Nya, ‘Dengan tidak menyaringkan suara’; beginilah zikir sewajarnya dilakukan, bukan dengan cara memanggil, dengan suara kuat mahupun keras”. (Tafsir Ibnu Kathir, 3/544)

5. Dengan ucapan lisan dan tidak sekadar bacaan hati, sebagaimana difahami daripada firman-Nya: "Dengan tidak nyaring". Maknanya dengan bersuara tetapi tidaklah didengar orang lain.

Saturday, 1 March 2014

Mengapa Senaman Kardio Penting Untuk Bakar Lemak??



Kenapa senaman kardio dapat membakar lemak dengan pantas dan
dapat menghilangkan perut buncit? Sebelum itu saya nak jelaskan apa itu senaman kardio.
Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan 'heart rate'
atau denyutan nadi. Sebagai contoh berlari, joging, berbasikal,
berenang, futsal dan sebagainya. Apabila kita melakukan senaman kardio, denyut jantung kita
akan meningkat. Aliran darah juga akan meningkat laju supaya oksigen dapat
dibekalkan ke seluruh badan. Disebabkan senaman kardio ini melibatkan 'skeletal muscle'
atau otot yg menyebabkan pergerakkan maka ia memerlukan banyak
tenaga dalam kadar masa yang cepat.Dalam badan kita, glukosa adalah tenaga yang mudah dan paling
cepat boleh dibekalkan kepada otot skeletal berkenaan.Maka glukosa akan digunakan yang diambil dari tapak simpanan glukosa. Jika anda selalu buat senaman kardio, tapak simpanan glukosa
sentiasa akan kurang. Ini adalah bagus sebenarnya. Kenapa ia bagus? Kalau anda nak tahu, dalam badan kita tapak simpanan glukosa tidak banyak dan tidak selalu bertambah. Apabila tapak simpanan glukosa anda telah penuh, ia perlu dikosongkan balik. Cara dia kosongkan balik adalah dengan tukarkan kepada tanaga
(sebab senaman kardio) ATAUPUN kepada LEMAK. Jika anda tak buat senaman kardio, glukosa anda akan
ditukar kepada LEMAK! Lemak ini tiada had simpanan. Dia boleh simpan sebanyak mungkin
dibawah kulit anda. Cuba picit perut anda. Tebal tak lemak yang korang ada?Kalau tebal bermakna anda kurang melakukan senaman kardio.

Thursday, 27 February 2014

BR1M 3.0 RM650 HANYA RM450. Pandangan anda?

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah diagihkan kepada rakyat mulai 22 Februari 2014. Rata-rata rakyat Malaysia sudah menerima bantuan tersebut sama ada melalui akaun bank dan ramai juga yang telah menerima surat. Tetapi, banyak komen-komen yang mengatakan masih ramai lagi yang belum menerima wang bantuan sehingga ke saat ini. Bukan itu sahaja, malahan ramai juga yang mengadu memperoleh wang bantuan tersebut hanya RM450 walaupun berpendapatan kurang daripada RM3000. Apa komen anda?