Tuesday 29 January 2013

Fitness Secret from The World's Best Trainers

1. Stop worrying about the exact percentage of fat you burn during exercise.

2. Get fit from the inside out.

3. Start your day with exercise.

4. Make time to meditate.

5. Do what you love.

6. Pump more iron.

7. Listen to your body, not your mind.

8. Begin with the end in mind.

9. Make an emotional connection.

10. Work more muscle in less time.

11. Aim high but stay realistic.

12. Use your t shirt to check your training.

13. Share your goal with others.

Sunday 13 January 2013

Kelebihan Surah Al Mulk




Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: 
 “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga     diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”



  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: 
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 



  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
 “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 



  • Ulama berkata:
 ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
 .
.
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
.
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: 
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 



  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: 
“Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 



  • Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 



  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
 “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 



  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: 
“Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”



 .
 .
3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda:
 “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).



  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: 
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
 .
 .